KUALA NERUS: Kerajaan Terengganu akan membuka permohonan bantuan secara 'one-off' atau sekali beri untuk golongan belia dan mahasiswa bermula 18 Sept ini hingga 7 Okt depan.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri Wan Sukairi Wan Abdullah berkata bantuan dikenali sebagai i-Belia itu adalah inisiatif kerajaan negeri untuk membantu anak muda, yang diumumkan Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam Bajet 2022.
Wan Sukairi berkata seramai 135,974 penerima bakal menikmati bantuan tersebut yang dianggarkan berjumlah lebih RM20 juta.
"Terdapat dua kategori bagi pemberian bantuan ini iaitu belia bujang dan mahasiswa. Untuk kategori belia bujang, permohonan turut dibuka kepada golongan perantau yang memenuhi syarat ditetapkan.
"Setiap pemohon yang layak akan menerima bantuan 'one-off' sebanyak RM150 yang akan dibayar secara tunai mulai 30 Okt hingga 30 Nov ini," katanya pada sidang media di sini.
Wan Sukairi berkata antara syarat ditetapkan ialah pemohon merupakan rakyat Terengganu berusia antara 18 hingga 39 tahun dan pengundi berdaftar di negeri ini.
Selain itu, pemohon juga bukan kakitangan kerajaan negeri atau Persekutuan dan memiliki maklumat diri dalam sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT20).
"Bagi pemohon kategori belia bujang yang sudah bekerja, jumlah pendapatan bulanan mestilah tidak melebihi RM1,500 manakala yang tidak bekerja, jumlah pendapatan bulanan ibu bapa atau penjaga mestilah tidak melebihi RM2,500.
"Untuk kategori mahasiswa, permohonan hanya terbuka kepada penuntut di institusi awam atau swasta dalam negara sahaja," katanya.
Beliau berkata maklumat dan syarat lebih jelas untuk permohonan itu boleh dilayari di http://ibantuan.terengganu.gov.my.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 16 2022
Wan Sukairi (kanan) bersama timbalannya Hishamuddin Abdul Karim menunjukkan poster bantuan i-Belia pada sidang media di Gong Badak, Kuala Nerus, malam tadi. --fotoBERNAMA
HMA 2024: Kisah banduan pertama di Malaysia jadi tarikan reruai Muzium Penjara
Sejarah kewujudan penjara moden dan kisah dua banduan pertama di Malaysia antara tarikan di reruai Muzium Penjara Malaysia sempena Festival Hari Muzium Antarabangsa (HMA) 2024.
Thailand akan bekerjasama dengan Malaysia perkenalkan projek "ASEAN Drive Tourism"
Kerajaan Thailand akan bekerjasama dengan Malaysia untuk merangsang sektor pelancongan kedua-dua negara dengan memperkenalkan "Projek ASEAN Drive Tourism."
Konstabel Muhamad Syafiq kebanggaan keluarga - Abang
Abdul Salam berkata, adiknya memang bercita-cita untuk menjadi anggota polis dan mereka sekeluarga memberikan sokongan terhadap perkara itu.
Scheffler sifatkan penahanannya "huru-hara" dan "salah faham"
Ini kenyataan pemain golf nombor satu dunia susulan penahanannya pada pagi Jumaat di luar kawasan Kejuaraan PGA di Valhalla.
Langgar kawalan lalu lintas, pemain golf nombor satu dunia ditahan polis
Scheffler ditahan oleh seorang pegawai polis apabila dia tidak mengendahkan arahan untuk berhenti kerana terdapat kemalangan.
Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan disokong perbelanjaan pengguna, kitaran teknologi dan pelancongan
Optimisme melonjak selepas Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang memuaskan pada 4.2 peratus pada suku pertama 2024 (S1 2024).
Ulang tahun ke-50 Malaysia-China: Hubungan diplomatik dua negara kekal utuh
Hubungan Malaysia dan China kukuh kerana kedua-dua negara itu sama-sama diiktiraf sebagai negara berdaulat mengikut undang-undang antarabangsa.
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan jadi habitat ikan pemangsa - DOF
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan menjadi habitat ikan pemangsa (invasif) dan juga dikenali sebagai "alien spesies" (spesies asing).
SWCorp yakin sasaran kadar kitar semula kebangsaan tahun ini tercapai
Keyakinan itu berdasarkan peratusan yang dicapai pada tahun sebelum ini melebihi sasaran ditetapkan.
Kerajaan perlu jana lebih hasil untuk tampung perbelanjaan kenaikan gaji, faedah - RHB Research
Peningkatan perbelanjaan emolumen daripada kenaikan gaji penjawat awam boleh dibiayai melalui kutipan hasil yang lebih tinggi.
Terengganu buka permohonan i-Belia
i-Belia adalah inisiatif kerajaan negeri untuk membantu anak muda, yang diumumkan Menteri Besar dalam Bajet 2022.
Berita palsu tular: JKM nafi poster 'bantuan warga emas one-off sehingga RM500'
Orang ramai disaran merujuk laman sesawang JKM menerusi www.jkm.gov.my untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat.
116 pusat tahfiz, 16 sekolah pondok di Johor terima bantuan RM30,000
Bantuan one-off itu membabitkan peruntukan keseluruhan bernilai RM3.96 juta.
Bantuan RM500: Pemandu teksi, bas boleh mohon kepada APAD
Sehingga kini, terdapat kira-kira 600 pemohon yang layak tetapi masih belum berdaftar dengan APAD, sekali gus menyukarkan proses penyaluran bantuan.
Berita gembira, ibu tunggal, OKU terima bantuan 'one-off' RM300
Bantuan kewangan tersebut akan disalurkan selewat-lewatnya sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha pada Ogos ini.
Lupakan sementara defisit fiskal
Ini krisis yang luar biasa. Segala kayu ukur dan cara penyelesaian masalah sebelum ini sudah tak lagi boleh pakai. Keadaan baharu memerlukan cara baharu.